Sunday, March 23, 2014

Tips untuk DIET yang SIHAT

Diet bukan bermaksud perlu menahan lapar atau tidak makan untuk beberapa jangka masa tertentu sebaliknya diet ialah mengurangkan jumlah makanan yang dimakan, menjaga pengambilan kalori masuk dan keluar dari badan seharian.

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk diet yang sihat seperti mengambil suplemen untuk diet. Tetapi anda juga harus menjalani kehidupan yang lebih sihat.


Jadi, ini sedikit tips untuk diet yang sihat:

1. Jangan tinggalkan sarapan pagi
Sarapan pagi sangat penting kerana ia membekalkan tenaga seharian kita.

2. Amalkan menu yang sihat
Elakkan makanan yang mempunyai kandungan lemak, gula dan kalori yang tinggi yang akan menyebabkan gula dalam darah menjadi tinggi.

3. Minum air putih cukup
Badan memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter sehari ataupun 8 gelas air. Keperluan air adalah mengikut berat badan seseorang. Semakin berat, semakin banyak air diperlukan badan.

25 kg = 1 liter air

4. Rehat yang cukup

5. Jangan terlalu obses dengan penurunan berat yang cepat
Penurunan berat yang banyak dan cepat dalam masa yang singkat boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Jadi, penurunan yang sedikit demi sedikit adalah sangat digalakkan untuk signal badan menerima perubahan badan dan meningkatkan masalah kesihatan.

Semoga perkongsiaan ini berguna untuk semua.

Salam sayang,
Norhana Marsom


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment. We will revert back to you soon. TQ

Jom baca yang lain-lain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...