Showing posts with label Sakit kepala. Show all posts
Showing posts with label Sakit kepala. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Panadol merbahaya? Pengganti?

Alhamdulillah..masih diberi rezeki menghirup udara segar pagi ni..syukur Alhamdulillah..saya rasa seronok sangat hari ni..mana taknya, usaha yang diusahakan berhasil... RCA saya berjaya juga dengan izin Allah..

Semalam anak saya demam..bangun2 tido tgk2 badan die panas plak..jadi saya ckp kt die, minum susu ye..nanti cepat baik..sebab saya nak letak nutriferon dalam susu tu..die ni susah nak makan ubat..tapi kalau masuk dalam susu telan je (die tak tahu pun ade nutriferon dalam tu..hahaha)....tengahari terus aktif balik anak saya tu..

Apa nutriferon tu? alaa nutriferon ni kira first aid kit saya laa..memang saya standby tiap-tiap bulan..pengganti pada panadol. sebelum tu jom kita baca artikel tentang panadol ni..bahaya tau untuk jangka masa panjang..sumber

---------------------------------

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam perut anda.

-------------------------------------

Betapa bahayanya kan panadol ni..bukan tak boleh ambil tapi berpada-pada laa..sehari sebiji tu ok, tapi kalau sehari sampai 4 biji..fuhhh, makan diri tu nanti..

Mak mertua saya suka sangat makan panadol..ni org dulu-dulu memang suka makan panadol sebab pada zaman mereka, hanya panadol je yang mampu mereka beli untuk tahan sakit..tapi sejak saya beri mak mertua nutriferon, dah tak cari lagi dah panadol ni..memang berkesan katanya..sakit kepala je makan nutriferon, lega rasa kepala..demam pun tak jadi.

NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi. Nutriferon ni umpama first aid kat rumah.. kene standby. ..letak kat rumah.. or dlm handbag or bwk travel ke mana2.. Bukan kena mkn hari2.. tapi ingat ya.. sistem imuniti perlu dibina dari awal... Jadi jika rasa mcm nak demam or sakit2, sila telan sepeket nutriferon ni... jika tidak..simpan satu dua peket di dlm beg anda..  

Bagaimana dgn anda? Saya? Saya lebih suka memilih nutriferon berbanding panadol. Sebab pahit..nutriferon ni manis-manis buah je..ujung je baru rasa pahit..Buatlah pilihan bijak ye..

Kebaikan Nutriferon Shaklee


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. 

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

COD MUAR, BAKRI & PARIT SULONG. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui

Call/Whatsapp: 012-7350070
Email: mj_cincin@yahoo.com

Thursday, February 27, 2014

Sakit kepala?

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

 Ostematrix
120 biji
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM61

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

 B-Complex
120 biji
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM53.75


Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Jom kita tengok apa kata mereka yang dah consume suplemen ini.



Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com


Jom baca yang lain-lain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...