Showing posts with label Keputihan. Show all posts
Showing posts with label Keputihan. Show all posts

Sunday, April 27, 2014

PUNCA KETIDAKSUBURAN: Tiub Fallopio Tersumbat

Beberapa hari lepas, ade kenalan yang bertanya tentang masalah tiub fallopio tersumbat. Jadi alang-alang kenalan tu bertanya, jadi saya carikan info dan jadikan entry di blog ini.


Tiub Fallopio Tersumbat

Tiub fallopio terdiri daripada dua tiub nipis, ia membantu membawa telur yang matang daripada ovari ke rahim.

Apabila terdapat penghalang telur daripada perjalanan tiub fallopio, wanita itu sebenarnya mempunyia tiub fallopio tersumbat. Ia boleh berlaku pada satu atau kedua-dua belah bahagian. Ini juga dikenali sebagai faktor kemandulan tiub, dan merupakan 40% punca kemandulan wanita.

Tiub Fallopio Tersumbat

Bagaimana tiub fallopio tersumbat menjadi PUNCA KETIDAKSUBURAN?

Setiap bulan, apabila ovulasi berlaku, telur akan dikeluarkan dari salah satu ovari. Telur bergerak dari ovari melalui tiub, dan telur menuju ke rahim. Sperma juga perlu berenang dari pangkal rahim dan akan melalui tiub fallopio untuk mendapatkan telur. Persenyawaan biasanya berlaku semasa telur bergerak melalui tiub.

Jika satu atau kedua-dua tiub fallopio tersumbat, telur tidak dapat tiba ke pangkal rahim dan sperma tidak boleh sampai ke telur. Ini menyebabkan penghalang persenyawaan dan kehamilan.


Bolehkan anda hamil dengan tiub fallopio tersumbat?

Jika hanya salah satu tiub fallopio tersumbat, ia mempunyai harapan yang cerah untuk hamil. Namun ia juga bergantung sejauh mana ovari berfungsi, dan juga apa yang menyebabkan tiub tersebut tersumbat.


Apakah rawatan tiub tersumbat?

Jika anda memounyai satu tiub terbuka dan sihat. Doktor anda mungkin akan memberikan anda ubat kesuburan untuk meningkatkan peluang ovulating kerana terdapat tiub yang berfungsi.

Dalam beberapa kes, pembedahan laporoskopi boleh membuka tiub tersumbat atau membuang tisu parut oada bahagian yang bermasalah. Malangnya, rawatan ini tidak selalu berjaya. Peluang kejayaan bergantung kepada bagaimana teruknya, di mana ia tersumbat dan penyebab tersumbat.

Jika ianya hanya nipis di antara tiub dan ovari, maka peluang anda untuk hamil selepas pembedahan adalah yang tinggi. Jika anda mempunyai tiub tersumbat yang sihat, anda mempunyai 20% kepada 40% peluang untuk hamil.


Cadangan suplemen Shaklee:
GLA: membantu meningkat kesuburan wanita.
B-complex: memberi ketenangan dan tenaga kepada saraf.
Alfalfa complex: mengurangkan keputihan yang menghalang telur dan sperma daripada bersatu.

Sumber



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. 

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

COD MUAR, BAKRI & PARIT SULONG.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui

Call/Whatsapp: 012-7350070
 Email: mj_cincin@yahoo.com

Tuesday, January 21, 2014

JANGAN pandang remeh pada KEPUTIHAN

Apa itu keputihan??


Keputihan atau Fluor Albus merupakan lendir yg pada faraj wanita.

Terbahagi kepada 2:-

1. Keputihan biasa (fisiologi) adalah keputihan yang biasanya berlaku setiap bulan, biasanya muncul menjelang haid atau sesudah haid ataupun masa subur.

2. Keputihan abnormal (patologi) boleh disebabkan oleh jangkitan biasanya disertai dengan rasa gatal di dalam faraj dan di sekitar bibir faraj bahagian luar.

Yang sering menimbulkan keputihan ini antara lain bakteria, virus, cendawan atau juga parasit. Jangkitan ini dapat menjalar dan menimbulkan peradangan ke saluran kencing, sehingga menimbulkan rasa pedih saat si pesakit buang air kecil.

Gejala keputihan


Keputihan biasa (fisiologi)
·      Cecair rembesan berwarna bening, tidak melekat dan cair.
·      Tidak mengeluarkan bau yang kuat.
·      Gejala ini merupakan proses biasa sebelum atau sesudah haid dan tanda masa subur pada wanita tertentu.
·      Pada bayi perempuan yang baru lahir, dalam masa 1-10 hari, keluar cecair dari faraj akibat hormon yang dihasilkan oleh uri.
·      Gadis muda mengalami keputihan sesaat sebelum masa baligh.
·      Keputihan juga boleh dialami oleh wanita yang daya tahan tubuhnya lemah.

Keputihan abnormal (patologi)
·      Cecair berwarna putih pekat, putih kekuningan, putih kehijauan atau putih kelabu dari saluran faraj.
·      Cecair ini mengeluarkan bau yang kuat.
·      Gatal di bahagian faraj. 

Punca yang menyebabkan hormon:

·     ketidakseimbangan hormon.
·     Gejala suatu penyakit tertentu
·     Sering memakai tisu ketika membasuh bahagian.
·     Memakai pakaian dalam yang ketat dari bahan sintetik
·     Sering menggunakan air yg kotor
·     Tidak menukar panty liner
·     Membilas faraj dari arah yang salah . Iaitu dari ke arah dubur ke arah depan faraj
·     Sering bertukar seluar dalam / tuala dgn orang lain
·     Kurang menjaga kebersihan faraj
·     Keletihan yang amat sangat
·     Stress
·     Tidak akan menukar pad ketika haid
·     Memakai mana-mana sabun untuk membasuh faraj
·     makan tidak teratur, tidak pernah bersenam, tidur yang kurang
·     Persekitaran kebersihan yang kotor .
·     Sering mandi berendam dengan air hangat dan panas . Kulat yang menyebabkan keputihan lebih mungkin tumbuh di keadaan yang hangat.
·     Sering berganti pasangan dalam berhubungan seks
·     Kadar gula dlm darah tinggi
·     Sering menggaru faraj

Penyelesaiannya??

Amalkan pemakanan Alfalfa Complex (klik untuk pelbagai khasiat) secara konsisten untuk mengatasi masalah keputihan ini.

Apa kata mereka yang berjaya mengatasi masalah keputihan dengan Alfalfa Complex?


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya (HANA) Shaklee Independent Distributor (id: 866186) anda di nombor 012-7350070 (whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com

Jom baca yang lain-lain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...