Showing posts with label Omega Guard. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard. Show all posts

Monday, April 28, 2014

Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada kanak-kanak

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin.Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. 

Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linolik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. 

Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.

Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak. 

Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
  • Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
  • Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
  • Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
  • Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
  • Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.
Omega Guard Shaklee

Shaklee membekalkan Omega 3 yang diperlukan oleh kanak-kanak di dalam Omega Guard.

Sumber


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. 

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia. 

COD MUAR, BAKRI & PARIT SULONG. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui 

Call/Whatsapp: 012-7350070 
Email: mj_cincin@yahoo.com 

Thursday, April 24, 2014

SIRI 4 DIET SIHAT: Bagaimana Omega membantu menurunkan berat badan?


Petikan dari majalah I-sihat

OMEGA GUARD boleh membantu anda dalam proses menurunkan berat badan melalui 2 cara:

  1. Omega boleh mengurangkan rasa lapar. Pengambilan Omega-3 asid lemak boleh memberi rasa kenyang, dengan itu mengurangkan pengambilan kalori dan membantu dalam penurunan berat badan. Minyak ikan dapat mengawal pembebasan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Serotonin membantu mengawal selera makan dan mood anda.
  2. Omega 3 berfungsi mengurangkan paras insulin anda sepanjang hari. Apabila paras insulin yang tinggi, anda tidak boleh menggunakan lemak untuk pembakaran tenaga. Apabila paras insulin yang tinggi, tahap HGH anda adalah rendah. Omega 3 membantu memastikan paras HGH tinggi dan insulin pula rendah. Memastikan tahap insulin yang stabil adalah kunci utama dalam mengelakkan dewasa kencing manis. Minyak ikan juga secara langsung meningkatkan pengoksidaan lemak dalam sel-sel lemak.

Nota: Pengambilan 3 biji omega guard sehari yang disertai bersama dengan exercise membantu mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan. Adalah dipercayai bahawa minyak omega 3 meningkatkan aliran darah ke otot-otot semasa exercise dan membantu untuk merangsang enzim yang mengangkut lemak di mana ia boleh digunakan untuk tenaga.

Bacaan lanjut:

SIRI 1 DIET SIHAT: Konsep Berdiet Bersama Suplemen 

SIRI 2 DIET SIHAT: Kepentingan Air dalam Diet Harian

SIRI 3 DIET SIHAT: Bagaimana Protein Membantu Proses Penurunan Berat Badan?


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. 

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

COD MUAR, BAKRI & PARIT SULONG.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui

Call/Whatsapp: 012-7350070
Email: mj_cincin@yahoo.com

Tuesday, April 15, 2014

SIRI 1 DIET SIHAT: Konsep Berdiet Bersama Suplemen

Konsep Pertama: Buang melalui sistem detox

Apa itu Detox? Detox adalah proses membersihkan sisa-sisa toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dan proses ini dikeluarkan melalui pembuang air besar. Selepas segala sisa dibuang, barulah penyerapan nutrien diserap dengan mudah.

Suplemen yang sesuai untuk detox ialah Herblax dan Alfalfa. Alfalfa sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan dan tidak mempunyai masalah sembelit manakala herblax pula sesuai untuk mereka yang sembelit.


Konsep Kedua: Bakar Lemak

Pengamal diet memerlukan Lecithin atau Omega Guard untuk memecah dan membakar lemak yang melekat di dinding membrane. Omega Guard lebih cepat bertindak memecahkan lemak berbanding Lecithin tetapi jika anda inginkan kesan yang lebih CEPAT, saya sarankan anda mengambil kedua-dua suplemen ini.


Konsep Ketiga: Bina Otot

Protein sangat diperlukan untuk membantu meningkat metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sebanyak 35%.

Protein terbaik dari Shaklee untuk diet ialah Cinch Shake. Tetapi jika anda menyusukan anak, saya sarankan anda ambil ESP kerana ianya dapat mempercepatkan penghasilan susu selain dari diet.

Walaupun anda menggunakan suplemen untuk mendapatkan berat idaman, anda disarankan mengambil pemakanan seimbang dan TIDAK BOLEH terlalu bergantung harap pada suplemen. Ini kerana, suplemen hanya membantu proses diet anda.

Ingat, jangan makan sesuka hati je ye :)

Bacaan lanjut:

SIRI 2 DIET SIHAT: Kepentingan Air dalam Diet Harian

SIRI 3 DIET SIHAT: Bagaimana Protein Membantu Proses Penurunan Berat Badan?

SIRI 4 DIET SIHAT: Bagaimana Omega membantu menurunkan berat badan?

 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

COD MUAR, BAKRI & PARIT SULONG.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui

Call/Whatsapp: 012-7350070
Email: mj_cincin@yahoo.com

Wednesday, March 19, 2014

CINCH SHAKE MIX untuk Mereka yang Ingin Kurus

Setiap hidangan Cinch Shake, anda akan mendapat 24gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting serta 6 gram serat larut. (dicadangkan diambil bersama dengan 1 sudu ESP)

Ini penting - kerana protin digunakan untuk membina otot, otot menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori.

Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Di dalam Cinch Shake, terdapat bahan yang bernama Leucine - nutrisi penting untuk keperluan tubuh.  


APA ITU LEUCINE?

Leucine merupakan unsur BCAA yang penting dalam mempercepatkan sistesis protein dan menghalang katabolisma protein. Ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan hanya boleh didapati dari suplemen yang berada di pasaran.

Leucine bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot, sintesis protein, memperbaharui sel serta bertindak sebagai pengatur metabolisma.

Jadi, Leucine sangat-sanagt membantu di dalam usaha mengurangkan lemak dan menurunkan berat badan.


BAGAIMANA PULA LEUCINE MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN?

  1. Leucine membantu membina dan mengekalkan otot. Otot membakar kalori 24 jam. Jadi lebih banyak otot yang terhasil, maka lebih banyak kalori yang akan dibakar.
  2. Leucine diperlukan untuk proses sintesis berlaku. Jika badan kekurangan leucine, maka proses sintesis tidak akan berlaku dan menyebabkan protein tidak akan digunakan serta tersimpan sebagai sumber tenaga...macam lemak. Itu yang membuatkan berat badan tak turun-turun.
  3. Mengelakkan pemecahan tisu otot semasa bersenam. 
  4. Membantu kita lebih bertenaga. Ini membantu kita untuk bersenam lebih lama dan membakar banyak kalori...(yeahhh, cepat kurus.. oppss)

Ok, berbalik kepada Cinch Shake itu tadi. Mengandungi Leucine, bermaksud ianya WAJIB diambil untuk yang ingin kurus.

Cinch Shake Mix
15 servings
Harga runcit di pasaran ialah RM173
 

Manfaat utama Cinch Shake:
  • Indeks Glisemik - 22; sesuai untuk penghidap kencing manis
  • Dengan Cinch Pro, campuran eksklusif protin dipertingkatkan dengan leucine - asid amino.
  • Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.
  • 24 gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa kenyang.  
  • Tinggi kandungan serat - 6 gm serat setiap hidangan
  • Glisemik yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  • Memberikan 35% atau lebih Nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting.
  • Penggunaan soya bebas GMO
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.

CADANGAN:  

Anda digalakkan mengambil Cinch Shake Mix bersama-sama dengan:

Alfalfa @ Herb-Lax untuk proses pembuangan toksin 
Lecithin @ Omega Guard untuk pemecahan lemak dan membuang lemak tepu di dalam badan

untuk mempercepatkan proses penurunan badan berlaku.

 
Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com

Sunday, February 23, 2014

Jangan ambil mudah HB rendah semasa hamil!

Anemia ketika hamil dan shaklee


Apakah itu anemia?
******************
Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia(kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).

Apakah tanda-tanda dan gejala anemia?
*********************************
Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
-Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
-Kelihatan pucat
-Kesukaran bernafas/sesak nafas
-Loya
-Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
-Sakit kepala dan pening
-Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
-Mudah lupa

Gejala yang jarang berlaku :
-Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
-Sakit di bahagian perut atau abdomen

Kenapa berlakunya anemia?
************************
-Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik di dalam diet harian
-Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
-Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia.
-Walaupun jumlah pengambilan zat besi (iron) dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
-Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

Siapa yang berisiko mengalami anemia?
*********************************
-Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
-Wanita yang mengandung kembar
-Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
-Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

Adakah anemia berbahaya kepada saya dan bayi?
**************************************
Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan perkara berikut :

KEPADA IBU
-Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
-Tekanan darah tinggi(eklampsia)
-Keguguran
-Kematian

KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN
-Kematian janin
-Kelahiran bayi tidak cukup bulan
-Kelahiran bayi kurang berat badan

Seriuskan masalah anemia saya?
****************************
Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:
a) < 6.9 - SANGAT TERUK
b) 6.9 < 8.0 -TERUK
c) 8.0 < 9.5 - SEDERHANA
d) 9.5 - 10.5 - RINGAN


Bagi ibu-ibu yang hamil, jangan sesekali memandang remeh hal ini..Pengambilan supplemen 2 biji Vita-lea Shaklee setiap hari dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil.

Tips Pengambilan Iron Supplement.
--------------------------------------------
1) Ambil 2 biji Shaklee Vitalea setiap hari
2) Pengambilan zat besi bersama vitamin C akan dapat membantu penyerapan zat besi lebih OPTIMUM!
3) Elakkan pengambilan zat besi bersama kalsium. Ini kerana, kalsium akan menggangu penyerapan zat besi yang maksimum.
4) Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras hemoglobin ang normal di dalam badan. Sumber asid folat boleh didapati di Shaklee Vita-Lea dan Shaklee B-complex.

Set kehamilan shaklee

*Buat ibu-ibu hamil yang comel...Jom cuba SET KEHAMILAN kami..khas untuk IBU-IBU HAMIL.


Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com

Friday, February 14, 2014

Testimoni set hamil shaklee

Ada orang tanya saya, perlu ambil suplemen semasa hamil. Saya kata terpulang pada individu. Tapi saya sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk diri saya dan anak yang dalam kandungan, jadi saya amalkan set hamil dari shaklee. Perbezaan sangat ketara.

Tapi ini, saya ingin kongsikan testimoni set hamil seorang pengguna dan pengedar sah shaklee iaitu Mareeya Muda. Terima kasih dear berkongsi testimoni

----------------------------------------------------
MY REAL TESTIMONY
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PERBEZAAN MENGANDUNG PERTAMA & KEDUA

Skang kandungan Saya dah masuk 23mggu... Kira dah nak masuk 6 bulan.... Sy alami perbezaan yg ketara antara mengandung sekarang & yg pertama dlu...

1st pregnant : sy blom kenal shaklee... Sy makan vitamin klinik kerajaan which is ade folik asid, b complex, iron tablet & Vit c.... Tp sy bukan jenis yg compliance sgt... Salu sy skip ubat² klinik ni...hihi...Sy slalu minum susu dutch lady & fresh milk... Sy x minum anmum sebab Misi klinik kata x bagus (sy pernah minum skali je.. Dah bli sekotak anmum coklat...then lepas Misi kata xelok terus sy stop)

Pregnant skang : sy makan full set shaklee untuk Ibu mengandung which is ade ESP, VITALEA, VITAMIN C, OSTEMATRIX, B COMPLEX...OMEGA sy akan start consume lepas 6 bulan nanti.... Sama mcm pregnant 1st dlu sy bkn la jenis compliance sgt... Hihi... Tapi sy lebih disiplin ckit banding pregnant 1st dlu... Susu sy jarang minum skang... Sgt jarang...

Pregnant 1st :
•• sy alami alahan sgt teruk... Lembikkk.. Sy salu ke emergency department... Kene cucuk masuk air... Kene masuk wad semalaman sbb hyperemesis gravidarum....(alahan teruk)... Saya salu MC sbb alahan teruk smpai salu geng² wad mengata.. (Tapi Ada aku kesah??? aku yg rase... Bukan hampa...hahaha)
•• Saya salu kene tangkap mengkarung sebab x cukup kalsium...alaaaa, kejang kaki tu.... Setiap malam sy menjerit pggil laki suruh tarik kaki... Haha.. Smpai dia kata, Awk ni Jgn la jerit mlm²..Kang ape plak org pk... Hahaha (ade aku kesah???)
•• seawal kandungan 5 bulan keluar stretch mark!!!! Byk!!! Hitam!!! Ya Allah..sgt stress.. Dr awal kehamilan sy sapu mcm²... Bio oil laa, myk Johnson laa.. Tapi ade jugak.. (Xdapat terima kenyataan).. N paling x best kesan stretch mark tu sy jd sgt gatallllll..... Tergaru² perut mcm monyet...hahaha
•• sy mudah letih, sakit pinggang...
•• sy alami keputihan yg teruk... (Sgt teruk smpai kene masuk pessari... Ok, Xnak cite byk bab ni)

2nd pregnant :
•• alahan still ade.. Melepek jugak tp x seteruk yg 1st... Sy xpernah ke emergency department, xpernah masuk wad... & X PERNAH MC!!!
•• setakat ni dah 23 minggu, sy x pernah lagi kene tangkap mengkarung.. Kire mlm² xde la sy terjerit²... Hahaha
•• setakat ni masih xde stretch mark.... Xde lgsg.. Sy sapu minyak Johnson je..Hihi... So xde la tergaru² lagi mcm monyet..
•• sy lebih bertenaga of cozzzz
•• tiada langsung keputihan!!! Magic!!
----------------------------------------------------

Nampak tak perbezaan yang dirasai sis Mareeya ni? Perlu atau tidak supplemen, ianya terpulang kepada individu itu sendiri.

Yang mana satu set hamil Shaklee?

Set hamil shaklee
 Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM582
Hubungi saya untuk dapatkan harga paling murah di pasaran!

Kelebihan set hamil shaklee:
  • Sesuai untuk ibu yang mengalami alahan yang teruk
  • Sesuai untuk ibu yang alami HB rendah
  • Sesuai untuk ibu yang sering keletihan dan lesu, alami kekejangan kaki, sakit pinggang dan kebas-kebas
  • Untuk perkembangan otak bayi
  • Untuk pembentukan otot dan organ bayi
  • Sesuai untuk ibu yang mengalami masalah sembelit

Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com

 

Thursday, February 13, 2014

Darah tinggi dapat di atasi dengan Omega Guard dan Garlic

Darah tinggi adalah penyakit yang sering dihidapi oleh golongan tua. Tetapi kini, ia juga boleh di hidapi oleh golongan muda. Segalanya bermula dengan stress.

Stress di tempat kerja, masalah rumah tangga dan sebagainya. Sebenarnya, saya nak bagi testimoni darah tinggi oleh seorang pengguna ni..Beliau mengamalkan Garlic dan Omega Guard sebagai supplemen tambahan bagi mengatasi masalah darah tinggi, malahan doktor yang merawat beliau pun mencadangkan mengambil suplemen shaklee.

Darah tinggi dan shaklee

Harga runcit bagi set darah tinggi ini ialah RM189.50

Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com
 

Wednesday, January 29, 2014

Kandungan dalam AJHT yang membuatkannya vitamin sendi terbaik!

Kandungan utama yang terdapat di dalam AJHT adalah:

1) EKSTRAK BOSWELLIA

Boswellia

Ekstrak Boswellia yang terdapat dalam AJHT ini telah diguna secara tradisional dalam perubatan Ayurvedic sejak lebih 5000 tahun dahulu untuk merawat osteoarthritis dan rehumatoid arthritis.

Ekstrak Boswellia ini diperolehi dari resin pokok Boswellia serrata. Ekstrak ini mengandungi asid boswellik yang menghalang formasi leukotrien kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Didalam ekstrak ini juga terdapat AKBA (Asetil-Keto-Beta-Boswellik Asid) yang merupakan agen anti-radang semulajadi.

Ujian klinikal mendapati bahawa ekstrak Boswellia ini dapat bertindak seawal 5 hari dan lebih berkesan berbanding jenama terkemuka lain dalam kategori yang sama.

Didalam kajian klinikal terbaru, para peserta yang mengambil ekstrak Boswellia di dalam AJHT melaporkan keselesaan sendi yang lebih baik, pergerakan yang lebih mudah dan kemampuan yang lebih untuk melakukan aktiviti harian berbanding mereka yang mengambil jenama lain.



2) EKSTRAK JAGUNG

Ekstrak jagung membekalkan sumber glukosamin yang pekat.

Glukosamin adalah satu jenis hula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans, komponen struktur rawan dan cecair di antara tulang yang mmebekalkan pelinciran.

Kajian klinikal membuktikan AJHT menampilkan glukosamin hidroklorik, sumber yang paling tinggi konsentrasinya. Ianya diperolehi dari sumber sayuran, berbanding dengan kebanyakan glukosamin yang diperolehi dari sumber kekerang.

3) VITAMIN C

AJHT membekalkan 100% nilai harian vitamin C, satu nutrient yang diperlukan bagi sistesis kolagen.

4) ZINK, KUPRUM dan MANGANESE

Mineral surih ini diperlukan untuk membina tisu penghubung

Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, AJHT ini perlulah diambil bersama dengan OmegaGuard dan Ostematrix, seerti yang telah diterangkan dalam Set Sendi ini.

Siapa yang disyorkan mengambil AJHT?
  • Mereka yang inginkan tingkatkan kesihatan sendi tulang
  • Mereka yang sering sakit sendi tulang
  • Mereka yang mengalami lenguh-lenguh badan
  • Orang muda yang mempunyai gaya hidup aktif dan lasak

Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh ubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com

Saturday, January 25, 2014

Insomnia??? Bagaimana cara untuk atasi insomnia?

APA ITU INSOMNIA?

Insomnia adalah penyakit sukar untuk tidur selama tempoh yang tertentu.

GEJALA INSOMNIA adalah:
~ pening kepala
~ kadangkala sembelit @ ccirit birit 
~ lesu
~ cepat marah
~ denyut nadi tidak teratur
~ mudah mengantuk di siang hari

PUNCA-PUNCA yang menyebabkan INSOMNIA adalah:
~ stress
~ perubahan zon masa
~ pengambilan minuman berkafein yang berlebih-lebihan.


BAGAIMANA NAK ATASI INSOMNIA?

Shaklee ade menawarkan beberapa produk suplemen yang dapat mengatasi masalah insomnia ini seperti:





1) OSTEMATRIX

- membantu tidur yang lena sepanjang malam
- badan bertenaga dan mudah bangun pagi di keesokan harinya
- menghilangkan lenguh2 dan bisa2 badan
- mengurangkan rasa sakit pinggang dan kejang kaki terutama buat ibu hamil
- melawaskan sistem penghadaman

2) VITALEA


- membekalkan nutrien dan mineral yang lengkap untuk menampung kekurangan zat dan nutrisi dalam badan

3) B COMPLEX


- mengandungi B1, B2, B3, B5, B6, B9, B12 dan Biotin yang dapat mengurangkan stress dan keresahan

4) OMEGA GUARD


- mengelakkan depresi


* Harga bagi satu set ini adalah sebanyak RM349 (harga runcit semenanjung Malaysia).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya (HANA) Shaklee Independent Distributor (id: 866186) anda di nombor 012-7350070 (whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com


Friday, January 24, 2014

Omega Guard - Vitamin ketika hamil

Nak kongsi pengambilan Omega Guard untuk ibu mengandung.

Menurut kajian, masa paling sesuai untuk amalkan Omega-3 ni bila dah masuk trimester ke3 iaitu apabila otak janin dah terbentuk. Tetapi, untuk dapatkan yang terbaik, kita disarankan mengambil Omega Guard seawal trimester ke2.

Omega Guard
90 biji
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM136


Kelebihan Omega Guard:
- mencegah insomnia
- mengurangkan tekanan emosi
- mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- membantu memperbaiki masalah autism
- membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- mengurangkan masalah schizophrenia
- mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak



Nota: Disarankan stop pengambilan Omega Guard 2 minggu sebelum tarikh bersalin yang telah ditetapkan oleh doktor. Ini kerana fungsi Omega boleh menipiskan darah iaitu darah lambat nak berhenti ketika bersalin.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya (HANA) Shaklee Independent Distributor (id: 866186) anda di nombor 012-7350070 (whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com

Set Sendi Shaklee

Sakit Sendi atau Ostheoarthritis


~ sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri-ciri keradangan.

~ ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi halus. Ini akan menyebbakan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif.

~ keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana tubuh tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.


Kini masalah sendi boleh diatasi dengan set cadangan sendi dari Shaklee:



1) JOINT HEALTH TABLET - mengekalkan tulang rawan yang sihat

~ menyokong keselesaan sendi
~ memelihara tisu-tisu penyambung yang sihat
~ meningkatkan kesan kusyen

2) OMEGA GUARD -
mengurangkan inflamasi

~ omega 3 melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi
~ bertindak sebagai pelincir. Membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.
~ pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamin dapat membantu meningkatkan kesihatan sendi.

3) OSTEMATRIX - mengekalkan sel tulang yang sihat

~ kalsium penting untuk tulang, otot dan ligamen
~ magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi.


Harga bagi satu set ini adalah sebanyak RM361 (harga runcit semenanjung Malaysia). 


Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya (HANA) Shaklee Independent Distributor (id: 866186) anda di nombor 012-7350070 (whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com


Wednesday, December 11, 2013

Omega Guard Shaklee mampu turunkan tahap kolesterol dalam badan.

APA ITU KOLESTEROL?

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalan edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
  • Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usu ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
  • Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Kandungan Kolesterol 'jahat' yang banyak boleh menyebabkan risiko yang besar untuk PENYAKIT JANTUNG yang boleh membawa kepada serangan janyung dan jugan ANGIN AHMAR. 

Untuk mengatasi masalah LEBIHAN kolesterol ini, pesakit perlu mengamalkan pengambilan Omega-3 iaitu:

  • Omega Guard shaklee ---> merendahkan paras kolesterol 'jahat' dan meningkatkan fungsi jantung.
Promosi Omega Guard sepanjang Disember masih lagi berlangsung. Jom atasi masalah lebihan kolesterol ini dengan sihat. Ini kerana vitamin shaklee adalah vitamin yang terbukti SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN dan SENTIASA MESRA ALAM.

Antara manfaat utama Omega guard shaklee, klik sini



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Vitamin cadangan untuk darah tinggi

APAKAH ITU TEKANAN DARAH ATAU DARAH TINGGI?

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. DARAH TINGGI atau HIPERTENSI merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluar badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan dara anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuruan dan biasanya diukur seperti berikut - 120/80 mmHg. 
  1. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.
  2. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepam. Ia dipanggil tekanan diastolik.


Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Sumber dari sini

Vitamin cadangan untuk darah tinggi:
  • OMEGA GUARD - membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myicardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • GARLIC - menurunkan darah tinggi, menurunkan kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah. mengurangkan pembekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok serta penyakit koronari.



Testimoni pengguna: 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, December 6, 2013

manfaat utama omega guard shaklee

Minyak ikan terbaik dunia yang diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun.

Sebiji omega guard shaklee mengandungi:
- omega-3 EFA = 330mg
- EPA = 180mg
- DHA = 120mg


manfaat utama:

  1. mencegah penyakit saluran darah dan strok
  2. membantu perkembangan memori
  3. meningkatkan sistem imun
  4. menyihatkan paru-paru
  5. menentang kanser
  6. membantu mengurangkan tekanan
  7. memelihara sendi
  8. mencegah insomnia
  9. membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siapa wajib ambil omega guard shaklee?

Kenapa Omega guard shaklee di ambil dari ikan laut air sejuk?

Penyelidikan menunjukkan ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan DHA yang merendahkan lemak dalam darah, menuunkan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Siapakah yang wajib mengambil omega guard shaklee?

* ibu menyusu
* ibu hamil
* pesakit sendi
* penghidap asma
* pesakit jantung
*kanak-kanak 
* pesakit strok
* peserta diet
* pesakit kanser



credit to Family Health Supplement

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DHA vs MEMORI



Refer ini

DHA adalah nutrien utama dalam otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. - ini adalah SEBAB utama kenapa ibu hamil perlu mengambil omega guard shaklee die trimester 2 dan 3.

Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, memelihara penglihatan dan pendengaran & mencegah migraine.

Satu hidangan omega guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan DHA.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebaikan omega guard shaklee

Kebaikan omega guard shaklee:

1) ibu menyusu
- membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi yang menyusui susu ibu
- membantu mengurangkan berat badan si ibu tanpa menjejaskan penyusuan.

2) masalah berat badan
- omega-3 meningkatkan hormon leptine yang berfungsi mengawal selera makan.
- membantu membakar lemak dengan lebih cepat.

3) ibu hamil
- membantu perkembangan otak bayi dari dalam kandungan.
- kawal kenaikan berat badan.
- kurangkan kolestrol.
- kurangkan risiko gila meroyan selepas bersalin.
- kurangkan risiko melahirkan bayi pra matang.

4) kanak-kanak
- membantu perkembangan otak
- menguatkan sistem imunisasi
- mengurangkan gejala ekzema dan asma.

5) pelbagai masalah lain
- sakit sendi.
- kolestrol tinggi.
- kesihatan jantung.
- batuk berkahak.
- strok




credit to Family Health Supplement dan Buku panduan nutrisi shaklee.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, September 14, 2013

Vitamin cadangan shaklee untuk gout

Assalamualaikum w.b.t,

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. 

Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Ciri-ciri wajib
Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi.



Faktor risiko
· Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
· Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
· Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
· Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
· Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
· Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Vitamin cadangan shaklee:



  • ALFALFA - detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.
  • PERFORMANCE DRINK – memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detix di atas.
  • OMEGA GUARD – mengelakkan keradangan sendi.


  • Tq for readings,

    Norhana Marsom
    SID: 866186
    sms/whatsapp: 012-7350070
    email: mj_cincin@yahoo.com
  • Jom baca yang lain-lain!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...