Showing posts with label Ibu Hamil. Show all posts
Showing posts with label Ibu Hamil. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

Pentingnya Iodin Semasa Hamil

Ketika hamil, wanita perlukan nutrien secukupnya agar diri dan bayi dalam kandungan sihat. Kekurangan sesetengah nutrien penting boleh menyebabkan kandungan bermasalah. Antara yang perlu diambil berat ialah tentang pengambilan iodin. Ikuti kupasan lanjut tentang hal ini oleh Profesor Creswell J. Eastman, Perunding Perubatan Endokrinologi dari Universiti Sydney, Australia.

Menurut Prof. Eastman, iodin penting bagi wanita hamil untuk mengelakkan bayi dalam kandungan mengalami masalah. Katanya, iodin perlu untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang normal terutamanya ketika masih dalam kandungan. Dan keperluan ini berlanjutan sehinggalah kanak-kanak tersebut berusia dua hingga tiga tahun.


Tambah beliau lagi, wanita hamil dan bayi memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Hormon inilah yang akan menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada tahap yang normal. Selain itu, hormon tiroid ini dapat membantu mengekalkan tahap metabolisme badan.

Kekurangan iodin juga boleh menyebabkan paras tiroksin rendah yang akan merencatkan pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak. Jadi, sangat penting memastikan bayi dalam kandungan dan kanak-kanak mendapat iodin secukupnya. Untuk pengetahuan, lazimnya, iodin tidak disimpan dalam tubuh dan PERLU diambil setiap hari. Makanan yang mengandungi iodin ialah seperti makanan laut, susu dan produk tenusu. Bagi wanita hamil yang ‘vegetarian’, pengambilan susu yang secukupnya penting bagi memastikan kuantiti iodin yang mereka dapat menampung keperluan harian.

“Wanita hamil dan wanita yang menyusukan perlukan iodin lebih banyak daripada orang biasa,” kata Prof. Eastman yang turut bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghasilkan kajian mengenai Kekurangan Iodin dalam Kanak-kanak (IDD).

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, kekurangan iodin akan menyebabkan pelbagai masalah kepada bayi yang baru lahir. Antaranya ialah terencat akal, pembesaran terbantut, pekak, bisu dan lemah anggota badan. Oleh sebab itu, pengambilan iodin sepanjang tempoh kehamilan sangat PENTING!!. Ketahuilah bahawa tubuh hanya perlukan sedikit iodin dan bahan ini wujud dalam kebanyakan makanan. 


INFO:

Iodin merupakan nutrien penting bagi manusia untuk merangsang proses tumbesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak. Pun begitu, kuantiti yang diperlukan sangat sedikit iaitu sebanyak 150mikrogram (µg) setiap hari bagi orang dewasa. Majlis Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Negara dan Kementerian Kesihatan New Zealand menyarankan agar wanita hamil mengambil sebanyak 220µg iodin setiap hari. Manakala bagi wanita yang menyusukan bayi, dicadangkan agar mengambil sebanyak 270µg setiap hari.

Kekurangan iodin bagi wanita hamil boleh mengakibatkan:
  • Gangguan terhadap perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Keguguran
  • Kematian bayi dalam kandungan
  • Mati semasa dilahirkan
  • Kelahiran anak yang juga kurang iodin
  • Anak terencat akal
  • Pembesaran anak terbantut
  • Anak yang pekak
  • Anak yang bisu
  • Anak yang lemah anggota badan
Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan produk yang mengandungi iodin, anda disarankan untuk mengambil Vitalea Iron Formula Shaklee. Vitalea mengandungi 75mcg kandungan iodin dan pengguna dinasihatkan mengambil 2 tablet sehari untuk memenuhi keperluan sehari iodin di dalam tubuh.

2 tablet = 40 jenis lauk

Vitalea Iron Formula
120 tablet
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM88.75

Seperti penerangan di atas, ibu hamil dan ibu yang menyusukan disarankan mengambil makanan yang mempunyai keperluan iodin untuk dibekalkan di dalam badan. Ini lah sebabnya Vitalea terdapat di dalam set hamil dan set penyusuan shaklee.
Sumber


Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com


Bolehkah wanita hamil menaiki kapal terbang ketika hamil?

Apakah akan menjejaskan keselamatan diri dan kandungan apabila perlu menggunakan perkhidmatan kapal terbang?

Jangan risau kerana apabila berbicara soal keselamatan ibu hamil naik kapal terbang, ia sebenarnya adalah pengangkutan selamat sehingga kandungan ibu berusia 36 minggu.

Suatu kajian mengenai risiko menaiki kapal terbang ketika hamil yang diterbitkan dalam Journal of Occupational and Environmental Medicine merumuskan bahawa ia tidak menemukan sebarang risiko tinggi komplikasi kehamilan untuk kaki tangan syarikat penerbangan mahupun orang awam.

Bagaimanapun, biarpun diklasifikasikan sebagai selamat, ibu hamil masih perlu mengambil tahu beberapa faktor risiko yang mungkin boleh timbul.
  1. Radiasi kosmik. Kapal terbang melalui kawasan atmosfera yang nipis lalu mengurangkan perlindungan diri terhadap radiasi. Lebih lama atau kerap menaiki kapal terbang semakin tinggi paras kapal terbang, lebih banyak pendedahan radiasi kosmik yang boleh dialami. Tetapi tiada bukti saintifik menunjukkan kesan buruk kepada fetus yang disebabkan oleh pendedahan kepada radiasi.

  1. Risiko thrombosis. Ibu hamil berisiko mengalami darah beku dalam salur darah (thrombosis atau DVT). Ini mungkin berpunca daripada tempoh masa penerbangan yang dilalui. Kurang minum air juga akan cenderung mengakibatkan dehidrasi, seterusnya mencetuskan DVT.

  1. Kelahiran pra matang. Bagi ibu yang hamil kembar, dikhuatiri boleh berlaku kelahiran pra matang, sebab itu kebanyakan doktor tidak menggalakkan ibu hamil menaiki kapal terbang ketika kandungan berusia 32 minggu.

Oleh itu sebelum menggunakan perkhidmatan kapal terbang, pastikan anda mengambil tahu beberapa panduan berikut:
  1. Periksa peraturan yang ditetapkan oleh syarikat pengendali penerbangan terlebih dahulu sebelum membeli tiket.

  1. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang risiko untuk menaiki kapal terbang seperti uri di bawah, kontraksi pra matang, pendarahan, sejarah DVT, kencing manis dan darah tinggi tidak terkawal.

  1. Dapatkan surat kebenaran daripada doktor.

  1. Pakai pakaian yang selesa dan longgar.

  1. Banyakkan minum air.

  1. Sentiasa melakukan senaman atau aktiviti regangan.

  1. Kerapkan perjalanan, sekiranya perjalanan dalam kapal terbang mengambil masa yang panjang.

  1. Minta tempat duduk yang lebih luas untuk memudahkan anda melakukan sebarang pergerakan regangan - atau duduk di bahagian laluan.

  1. Digalakkan memakai compression socks yang boleh dibeli di farmasi.

  1. Sentiasa memakai tali pinggang keledar sepanjang masa.
Credit

Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama-sama.

Salam sayang,
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Norhana Marsom
SID: 866186
Page: Family Health Supplement

Thursday, February 13, 2014

Asid folik untuk Ibu hamil

Saya tertarik dengan petikan dari sumber ini. Petikan penuh boleh klik ini.

Hasil carian di google berkaitan asid folik "semasa hamil"
--------------------------------------------------------

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.

Anda juga boleh mendapatkan banyak lagi idea makanan daripada pelan makanan harian kami yang mengandungi pelan pemakanan dari minggu ke minggu yang boleh anda ikuti dalam setiap trimester!
--------------------------------------------------------

Pilihan saya? Ini dia supplemen asid folik kegemaran saya
ibu hamil dan b complex
B-Complex
120 biji
Harga runcit semennajung Malaysia ialah Rm53.75

Di Shaklee, supplemen yang membekalkan asid folik ialah B-Complex. Di dalam B-Complex ini terdapat kesemua 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Untuk mendapatkan 100% nilai harian, anda perlu mengambil 1 biji setiap hari.

Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com

Jom baca yang lain-lain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...