Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

Cara untuk Mengelak/mengatasi Masalah Kencing Manis ketika Hamil

Sebelum ini saya dah terangkan apa itu kencing manis ketika hamil atau GDM. Jadi sekarang, saya nak terangkan pula tentang bagaimana cara untuk mengelak/mengatasi masalah kencing manis ketika hamil menggunakan suplemen Shaklee.

Ok, apa yang Shaklee boleh bantu?

Set Kencing manis ketika hamil shaklee




Vitalea
  • Mengandungi zinc untuk menurunkan paras gula dalam darah dengan membantu membentuk insulin 
  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu hamil

B-Complex
  • Penting dalam metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan 
  • Membekalkan kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan termasuk Asid folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi

Ostematrix
  • Membekalkan magnesium yang diperlukan 
  • Membekalkan 100% kalsium untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi si manja serta kesihatan tulang ibu 
  • Terdapat sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pancreas untuk mengatasi masalah kencing manis



*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. 

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

COD MUAR, BAKRI & PARIT SULONG.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui

Call/Whatsapp: 012-7350070
Email: mj_cincin@yahoo.com

Tanda-tanda dan Punca Kencing Manis ketika Hamil



Arini nak berkongsikan tentang Gestational Diabetes Mellitus (GDM)

Apa itu GDM?

Gestational Diabetes Mellitus (GDM) ialah masalah kencing manis atau gangguan penyerapan gula
yg terjadi di kalangan ibu mengandung. 

Keratan akhbar

Keadaan nie berlaku disebabkan oleh perubahan hormon yg berlaku di dlm tubuh ibu
mengandung..di mana peningkatan hormon2 lain telah mengganggu kecekapan fungsi hormon 
insulin..& menyebabkan insulin gagal mengawal gula dlm darah ke tahap yg normal...

 
(INFO: insulin ialah hormon yg bertanggungjawab mengawal aras gula dlm darah secara semulajadi)


Apa tanda-tanda GDM?
  • Sentiasa dahaga 
  • Kehilangan berat badan 
  • Makan dalam kuantiti yang banyak 
  • Kerap kencing 
  • Keletihan tanpa sebab

Kencing manis ketika hamil

Apa pula punca-punca yang menyebabkan GDM?


  • Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis 
  • Obes atau mempunyai berat badan melebihi BMI yang normal 
  • Mempunyai bayi yang sebelumnya bersaiz besar melebihi 4 kg semasa lahir 
  • Bayi yang dilahirkan sebelumnya pernah mati semasa dilahirkan 
  • Bayi yang dilahirkan sebelumnya mengalami kecacatan 
  • Pernah mengalami keguguran 
  • Umur melebihi 35 tahun


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

COD MUAR, BAKRI & PARIT SULONG.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui

Call/Whatsapp: 012-7350070
Email: mj_cincin@yahoo.com


Monday, April 28, 2014

NUTRISI Penting ketika Haid

Aritu dapat voucher buku dari mama Shaklee, jadi saya manfaatkan dengan beli buku KENAL UNTUK CINTA - BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH (klik sini untuk belian online) dan AMALAN 24 JAM WANITA HAID (klik sini untuk belian online) ...seronok beli buku ni, perasaan mcm budak-budak dpt beli gula-gula..hehehe. Tapi hari ni nak kongsi tentang haid dulu. Buku baru beli, jadi terujanya terlebih sikit..hehehe..







Rupanya dalam sedar tak sedar, ketika haid pun perlu mengamalkan pemakanan yang sihat bagi mengurangkan kesan negatif yang dialami ketika haid. Berikut adalah beberapa panduan pengambilan nutrisi dan gizi seimbang yang disarankan ketika haid. Jom baca!

  • AIR - Pada tempoh haid normal, wanita kehilangan antara 10 hingga 80 mililiter darah sehari. Tetapi, mereka yang mengalami haid yang lebih berat, akan kehilangan lebih banyak darah. oleh itu, kehilangan cairan itu perlu diganti dengan meminum air yang secukupnya.
  • DAGING, IKAN DAN KACANG - Darah yang keluar ketika haid mengandungi zat besi yang sangat diperlukan tubuh. Kekurangan zat besi menyebabkan gejala seperti lelah, pucat, keguguran rambut, mudah marah, lemah dan gangguan fungsi pertahanan tubuh. Bagi mencegahnya, sebaiknya setiap wanita mengambil makanan yang mengandungi zat besi. Makanan yang mengandungi banyak zat besi adalah daging lembu, ayam, ikan dan kekacang.
  • SAYUR-SAYURAN - Keluhan lain yang sering dialami ketika haid ialah gangguan penghadaman, Makanan yag dapat membantu mengurangkan gejala itu adalah sayur-sayuran.
  • SUSU RENDAH LEMAK, KACANG SOYA dan BROKOLI - Pastikan mengambil kalsium yang cukup, sekurang-kurangnya 1200 miligram sehari. Sumber kalsium yang baik dapat diperolehi daripada susu rendah lemak, kacang soya dan brokoli. Kalsium dapat membantu mempertahankan tonus otot, mencegah kekejangan dan sakit perut.
  • KACANG DAN TAUHU - Tingkatkan pengambilan magnesium dalam makanan sebanyak 200 miligram sehari. Makanan yang kaya dengan magnesium terdapat pada kekacang dan tauhu. Magnesium baik bagi mengoptimumkan keupayaan tubuh menyerap kalsium dan mengurangkan rasa memulas dalam perut.
  • AVOCADO, KUNING TELUR dan HATI - Pengambilan vitamin E dan antioksidan dapat mengatasi beberapa gejala penyakit sebelum haid dan juga memberi manfaat kepada sistem kitaran. Wanita memerlukan 8 miligram vitamin E sehari. Makanan yang mengandungi vitamin E adalah avocado, kuning telur dan hati.
  • KENTANG, PISANG dan OAT - Makan makanan yang kaya dengan vitamin B6 kerana vitamin B6 membantu pemprosesan protein dan penghasilan sel darah merah, juga dapat mengurangkan tekanan. Sumber vitamin B6 ialah kentang, pisang dan oat. Wanita haid memerlukan sebanyak 100 miligram vitamin B6 sehari.
  • OREN, BLACKCURRANT dan KACANG MERAH - Wanita yang ingin hamil dan yang sedang hamil mesti mendapat vitamin C dan Zink yang cukup kerana ia penting bagi kesihatan ovum wanita dan sistem pembiakan.
Dalam kesemua nutrisi penting yang ditekankan dalam buku ni, semuanya saya amalkan..kecuali Vitamin E..yang ni memang belum pernah consume lagi..dalam shaklee pengganti untuk nutrisi adalah seperti berikut:

Vitalea - zat besi, sayur-sayuran
Ostematrix - kalsium dan magnesium
B complex - vitamin B6
Sustained Release Vita C - vitamin C
Zinc - zinc
Air plak memang saya suka minum air masak, jadi tak menjadi masalah besar..tapi kalau nak suplemen, pun masih ada iaitu Performance drink shaklee..sedappp..


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. 

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

COD MUAR, BAKRI & PARIT SULONG. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui

Call/Whatsapp: 012-7350070
Email: mj_cincin@yahoo.com

Saturday, April 12, 2014

Ostematrix Shaklee untuk Ibadah Umrah

Sudah tiba musim orang mengerjakan umrah dan juga haji. Jarang kita dengar mereka yang mengerjakan ibadah ini adalah dari golongan muda, jika ada pun segelintir sahaja. Bukan tidak mahu mengerjakan ibadah ini tetapi masih mengumpulkan wang untuk ke arah itu. Kami juga tidak terkecuali.

Jadi, untuk memastikan dapat mengerjakan ibadah dengan sihat pastinya pengambilan suplemen sangat penting. Antara yang WAJIB adalah Ostematrix Shaklee.

Ini kerana antara manfaat Ostematrix Shaklee adalah menguatkan sistem sarah dan tulang.

Testimoni:

Shaklee dan Umrah

Pengguna ini juga menyarankan ostematrix untuk mereka yang nak buat umrah atau haji. Kerana apa? Kerana mereka sendiri sudah merasai keberkesanan Ostematrix Shaklee.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

COD MUAR, BAKRI & PARIT SULONG.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui

Call/Whatsapp: 012-7350070
Email: mj_cincin@yahoo.com



Friday, April 4, 2014

SENGGUGUT, Usah Dibiarkan

Senggugut atau PMS adalah penyakit bulanan seorang wanita. Tahap kesakitan itu bergantung kepada seseorang dan ia dianggap biasa. Tetapi, bagi mereka yangsering mengalaminua mesti merasa ianya satu seksaan..sakit yang teramat.

Sengugut ialah disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini menyebbakan kite berasa ngilu dan sakit.

Apa yang shaklee boleh bantu?

Shaklee mempunyai beberapa rangkaian produk yang dicadangkan diambil oleh mereka yang sering senggugut.

GLA COMPLEX
B COMPLEX
OSTEMARIX

Senggugut dan shaklee






Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com

Thursday, February 27, 2014

Sakit kepala?

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

 Ostematrix
120 biji
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM61

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

 B-Complex
120 biji
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM53.75


Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Jom kita tengok apa kata mereka yang dah consume suplemen ini.



Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com


Tuesday, February 25, 2014

Kejang Betis Semasa Hamil

Kejang betis semasa hamil

Seringkali ibu hamil mengadu mengalami masalah kekejangan betis terutamanya pada waktu malam. Kesakitan yang dialami pasti mengganggu tidur si ibu hamil. Biasanya ia berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda.


Antara punca berlaku kekejangan betis semasa hamil adalah:

* Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.

* Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.


Apa perlu buat?

  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang. 
  • Urut otot yang kejang itu. 
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa.


Tip elakkan kekejangan betis

* Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

* Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

* Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

* Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

* Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.

* Minum banyak air.

* Banyakkan makanan yang kaya dengan kalsium, potasium (kalium) dan magnesium seperti pisang dan produk tenusu.

Sekira ibu-ibu sukar atau kurang gemar meminum susu, Shaklee ada menawarkan produk yang boleh membekalkan kalsium dan magnesium iaitu OSTEMATRIX.

Ostematrix ini boleh membantu membekalkan tambahan kalsium, vitamin D dan magnesium kepada anda.

Ostematrix Shaklee

Kandungan Ostematrix Shaklee
Ostematrix
120 biji
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM61

Jom kita tengok apa kata pengguna setia Ostematrix:
Testimoni ostematrix kejang ketika hamil

Testimoni ostematrix kejang ketika hamil
Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com

Jom baca yang lain-lain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...