Monday, March 17, 2014

10 jenis buah yang diperlukan untuk diet yang sihat

Assalamualaikum, kelmarin dapat msg dari loyal customer saya. Dia ambil set diet (Cinch shake, Lecithin dan Alfalfa)..Dia kata minum cinch memang kenyang tapi mulut asyik nak mengunyah. Haa macam mana cara nak elak kita makan benda-benda yang boleh menambah berat badan bila ada rasa nak mengunyah?

JAWAPANNYA ialah makan buah! Yeahhh, buah sedappp..tapi perlu pilih buah ye..jangan makan sembarangan buah dan jangan makan buah secara berlebihan.

Buah-buahan merupakan salah satu sumber tenaga dan nutrisi yang baik untuk tubuh. Selain itu, beberapa jenis buah memiliki kandungan serat tinggi, rendah lemak malahan tidak mengandungi kolestrol pun ada. Kandungan air yang terdapat di dalam buah-buahan juga dikatakan boleh membantu menjaga tingkat cairan di dalam tubuh.

Bila anda sedang diet, mengambil beberapa jenis buah-buahan adalah TINDAKAN YANG TEPAT.

Jom kita lihat, apakah jenis buah-buahan yang disarankan di dalam diet.


kelebihan setiap jenis buah

  1. Nenas -  adalah salah satu buah yang bebas kolestrol dan lemak. Nenas mengandungi 85% air dan selebihnya ialan mineral, serat, antioksidan dan vitamin. Mengambil nenas juga boleh memberikan rasa kenyang cukup lama.
  2. Tembikai - mengandungi vitamin A dan C yang banyak. Mengambil tembikai dapat memberikan tenaga pada tubuh, mengurangkan rasa lapar berlebihan kerana mengandungi kandungan serat dan air yang banyak.
  3. Pisang - mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam tubuh.
  4. Epal - kaya dengan serat dan manisan semulajadi yang mempunyai Indeks Glisemik (G.I) yang rendah.
  5. Buah oren - mempunyai kalori yang kecil. Serat di dalamnya membantu untuk lebih kenyang.
  6. Kiwi - kaya dengan serat dan Vitamin C. Membantu mengurangkan nafsu makan yang berlebihan.
  7. Lemon - dapat membantu proses pembakaran lemak serta membersihkan dan melancarkan sistem pencernaan tubuh. Boleh dijadikan minuman tradisional dengan menambah sedikit madu dan dijadikan minuman rutin.
  8. Segala jenis berry - membantu melancarkan pembuangan air besar dan mengurangkan kolestrol.
  9. Peach - salah satu sumber tenaga bagi tubuh.
  10. Buah-buahan kering - seperti plum, kismis, kurma sangat bagus di makan ketika sedang dalam proses diet. Ia membantu membakar lebihan lemak dan mengurangkan kolestrol di dalam tubuh.


PERINGATAN: Jika buah-buahan ini di ambil secara berlebihan, ia juga boleh menambah berat badan seseorang. Juga diingatkan, perlulah mengambil beberapa jenis buah dalam sehari kerana setiap jenis buah mengandungi khasiatnya yang tersendiri.

Salam sayang,
Norhana Marsom

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment. We will revert back to you soon. TQ

Jom baca yang lain-lain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...