Thursday, March 20, 2014

Protein SANGAT PENTING untuk Pelajar

Hari ini keputusan SPM keluar kan. Walau apa pun dan berapa pun keputusan yang keluar, jangan lupa bersyukur ya..

Pelajar sangat memerlukan tenaga dan masa yang banyak. Sama macam pekerja juga kan? Pelajar menggunakan banyak tenaga untuk menghadiri kelas, berjalan kaki dari asrama ke kelas, terpaksa berjaga malam untuk menyiapkan tugasan, berjaga malam untuk peperiksaan akhir semester, aktif dalam aktiviti-aktiviti kokurikolum. Semestinya menggunakan tenaga yang banyak.

Bila tenaga dan masa banyak digunakan, pastinya masa sangat mencemburui. Tak sempat nak menghias diri, menjaga kulit muka lagi lah kan. Jadi, saya nak terangkan kepada semua pelajar akan kepentingan protein yang dapat menyelesaikan masalah pelajar. Protein boleh didapati dari sumber soya juga.


Kepentingan protein untuk pelajar:


#1: Tingkatkan keupayaan memori

Menurut satu kajian China-Jepun yang baru, peptida daripada kacang soya boleh mempengaruhi sistem imun dan hormon yang dikaitkan dengan emosi dan akhirnya meningkatkan fungsi otak.

Apabila fungsi otak dapat dirangsang dan dipertingkat, secara tidak langsung ianya menjadi semakin tajam dan semakin berupaya untuk mengingat.


#2: Kekal aktif dan bertenaga

Pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti seharian sangat disarankan mengambil ESP. ESP mempunyai Index Glisemik yang rendah. Indeks Glisemik adalah ukuran berapa banyak dan berapa cepat sesuatu makanan itu meningkatkan paras gula dalam darah.

Erti kata lain, sumber makanan yang mempunyai Indeks Glisemik rendah akan mengawal pelepasan gula yang akan ditukar kepada tenaga dalam darah secara perlahan-lahan dan berterusan. Sebab itu, mereka yang mengambil ESP akan berasa segar dan lebih bertenaga.

* Nanti saya akan ceritakan lebih lanjut berkenaan Indeks Glisemik ni


#3: Sarapan segera yang berkhasiat.

Umum diketahui, bila dah bergelar pelajar ni, sering kesuntukan masa. Saya dulu pun macam tu, selalu je tak sempat nak sarapan. Walhal, sarapan adalah perkara yang paling penting untk memastikan kita semua kekal cergas, bertenaga sepanjang hari.

ESP sangat mudah disediakan, dan dapat memberikan kenyang yang lebih lama. Pelbagai resepi ESP boleh cuba, hanya perlu shake, shake and take.


#4: Mengawal gastrik

Ramai pelajar yang tidak mempunyai pola dan waktu makan yang ditetap disebabkan kesibukan mereka menghadiri kelas, terlibat dengan aktiviti luar dan kesibukan menyiapkan tugasan mereka. Ini mengakibatkan mereka mudah mengalami gastrik, pedih ulu hati, sakit dan kembung perut.

ESP bersifat alkali mampu bertindak membantu meneutralkan asid yang menyebabkan gastrik.


#5: Kawal berat badan

Faktor indeks glisemik rendah mampu memberikan rasa kenyang yang berpanjangan sekaligus mengelakan pelajar selalu rasa ingin mengunyah.

Kesan sampingan, boleh menurunkan berat badan.


#6: Kekal cantik

Bahan utama ESP adalah protein dari soya. Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Protein juga menggantikan sel-sel yang mati dengan sel-sel yang lebih sihat.

Apabila sel kita sihat, ia dapat membantu serta menghilangkan masalah seperti jerawat, kulit kusam, jeragat dan parut. Selain itu menjadikan rambut dan kuku berkilat.


Banyak sangat kebaikan-kebaikan protein ni. Ini yang sangat-sangat penting untuk pelajar.


Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment. We will revert back to you soon. TQ

Jom baca yang lain-lain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...