Showing posts with label Info: Vitamin. Show all posts
Showing posts with label Info: Vitamin. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Makanan yang Boleh Menggantikan VITAMIN

Susah hendak dapatkan vitamin? Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Tidak percaya? Cuba anda pergi ke dapur. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin.

Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.

  • Tomato - Kaya dengan vitamin A, C, serat dan juga zat besi. 
  • Avocado - Kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C
  • Pisang - Vitamin A, C, potasium dan zat besi
  • Nanas - Vitamin A, B, dan C.
  • Telur, susu, hati - Menyediakan vitamin A.
  • Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
  • Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
  • Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
  • Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
  • Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.


Semoga ianya memberi manfaat buat semua.

Salam sayang,
Norhana Marsom


Thursday, January 16, 2014

Info: Vitamin

Adalah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. 

Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.

Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.

Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak perlu diambil.

Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.

Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini? Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.

Jom baca yang lain-lain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...