Wednesday, May 7, 2014

Diet Simbang bagi Mengawal Diebetes ketika Hamil

Kencing manis ketika hamil @ GDM perlu dikawal. Ianya perlu bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku.

Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:


  • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji)
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
  • Elakkan makanan yang bergoreng.



Perlukah melakukan senaman?

Aktiviti fizikal sederhana yang kerap dapat mengurangkan risiko disebabkan oleh GDM dengan meningkatkan keberkesanan tindakan insulin dalam sel-sel badan anda, sekali gus mengekalkan paras glukosa darah yang optimal.

Ia juga dapat membantu mencegah keadaan ketidakselesaan semasa hamil seperti sembelit, sakit belakang dan kekejangan otot.

Berjalan, meregangkan badan dan mengangkat pemberat ringan dapat membantu anda mengeluarkan peluh semasa kehamilan.

Bermulalah dengan sesi selama 15 minit sebanyak tiga kali seminggu dan tingkatkan kekerapan dan tempoh bersenam secara beransur-ansur, jika anda berasa selesa dengan senaman itu.

Banyakkan minum air untuk mencegah penyahhidratan dan amalkan langkah berjaga-jaga apabila bersenam semasa hamil. Berat tambahan yang anda tanggung di abdomen akan mengalihkan pusat graviti anda.

Oleh itu, elakkan aktiviti yang dapat membuatkan anda tidak seimbang. Hentikan senaman jika anda mengalami sebarang kesakitan, pening, sesak nafas, berasa hendak pitam, berdebar-debar, sakit belakang atau pelvis, atau mengalami pendarahan faraj.

Ok, nanti kita sambung pula kesan jika kita tidak mengawal masalah GDM ini.


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

COD MUAR, BAKRI & PARIT SULONG. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui

Call/Whatsapp: 012-7350070
Email: mj_cincin@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment. We will revert back to you soon. TQ

Jom baca yang lain-lain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...