Monday, April 28, 2014

NUTRISI Penting ketika Haid

Aritu dapat voucher buku dari mama Shaklee, jadi saya manfaatkan dengan beli buku KENAL UNTUK CINTA - BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH (klik sini untuk belian online) dan AMALAN 24 JAM WANITA HAID (klik sini untuk belian online) ...seronok beli buku ni, perasaan mcm budak-budak dpt beli gula-gula..hehehe. Tapi hari ni nak kongsi tentang haid dulu. Buku baru beli, jadi terujanya terlebih sikit..hehehe..







Rupanya dalam sedar tak sedar, ketika haid pun perlu mengamalkan pemakanan yang sihat bagi mengurangkan kesan negatif yang dialami ketika haid. Berikut adalah beberapa panduan pengambilan nutrisi dan gizi seimbang yang disarankan ketika haid. Jom baca!

  • AIR - Pada tempoh haid normal, wanita kehilangan antara 10 hingga 80 mililiter darah sehari. Tetapi, mereka yang mengalami haid yang lebih berat, akan kehilangan lebih banyak darah. oleh itu, kehilangan cairan itu perlu diganti dengan meminum air yang secukupnya.
  • DAGING, IKAN DAN KACANG - Darah yang keluar ketika haid mengandungi zat besi yang sangat diperlukan tubuh. Kekurangan zat besi menyebabkan gejala seperti lelah, pucat, keguguran rambut, mudah marah, lemah dan gangguan fungsi pertahanan tubuh. Bagi mencegahnya, sebaiknya setiap wanita mengambil makanan yang mengandungi zat besi. Makanan yang mengandungi banyak zat besi adalah daging lembu, ayam, ikan dan kekacang.
  • SAYUR-SAYURAN - Keluhan lain yang sering dialami ketika haid ialah gangguan penghadaman, Makanan yag dapat membantu mengurangkan gejala itu adalah sayur-sayuran.
  • SUSU RENDAH LEMAK, KACANG SOYA dan BROKOLI - Pastikan mengambil kalsium yang cukup, sekurang-kurangnya 1200 miligram sehari. Sumber kalsium yang baik dapat diperolehi daripada susu rendah lemak, kacang soya dan brokoli. Kalsium dapat membantu mempertahankan tonus otot, mencegah kekejangan dan sakit perut.
  • KACANG DAN TAUHU - Tingkatkan pengambilan magnesium dalam makanan sebanyak 200 miligram sehari. Makanan yang kaya dengan magnesium terdapat pada kekacang dan tauhu. Magnesium baik bagi mengoptimumkan keupayaan tubuh menyerap kalsium dan mengurangkan rasa memulas dalam perut.
  • AVOCADO, KUNING TELUR dan HATI - Pengambilan vitamin E dan antioksidan dapat mengatasi beberapa gejala penyakit sebelum haid dan juga memberi manfaat kepada sistem kitaran. Wanita memerlukan 8 miligram vitamin E sehari. Makanan yang mengandungi vitamin E adalah avocado, kuning telur dan hati.
  • KENTANG, PISANG dan OAT - Makan makanan yang kaya dengan vitamin B6 kerana vitamin B6 membantu pemprosesan protein dan penghasilan sel darah merah, juga dapat mengurangkan tekanan. Sumber vitamin B6 ialah kentang, pisang dan oat. Wanita haid memerlukan sebanyak 100 miligram vitamin B6 sehari.
  • OREN, BLACKCURRANT dan KACANG MERAH - Wanita yang ingin hamil dan yang sedang hamil mesti mendapat vitamin C dan Zink yang cukup kerana ia penting bagi kesihatan ovum wanita dan sistem pembiakan.
Dalam kesemua nutrisi penting yang ditekankan dalam buku ni, semuanya saya amalkan..kecuali Vitamin E..yang ni memang belum pernah consume lagi..dalam shaklee pengganti untuk nutrisi adalah seperti berikut:

Vitalea - zat besi, sayur-sayuran
Ostematrix - kalsium dan magnesium
B complex - vitamin B6
Sustained Release Vita C - vitamin C
Zinc - zinc
Air plak memang saya suka minum air masak, jadi tak menjadi masalah besar..tapi kalau nak suplemen, pun masih ada iaitu Performance drink shaklee..sedappp..


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. 

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia.

COD MUAR, BAKRI & PARIT SULONG. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui

Call/Whatsapp: 012-7350070
Email: mj_cincin@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment. We will revert back to you soon. TQ

Jom baca yang lain-lain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...