Tuesday, February 25, 2014

Bolehkah wanita hamil menaiki kapal terbang ketika hamil?

Apakah akan menjejaskan keselamatan diri dan kandungan apabila perlu menggunakan perkhidmatan kapal terbang?

Jangan risau kerana apabila berbicara soal keselamatan ibu hamil naik kapal terbang, ia sebenarnya adalah pengangkutan selamat sehingga kandungan ibu berusia 36 minggu.

Suatu kajian mengenai risiko menaiki kapal terbang ketika hamil yang diterbitkan dalam Journal of Occupational and Environmental Medicine merumuskan bahawa ia tidak menemukan sebarang risiko tinggi komplikasi kehamilan untuk kaki tangan syarikat penerbangan mahupun orang awam.

Bagaimanapun, biarpun diklasifikasikan sebagai selamat, ibu hamil masih perlu mengambil tahu beberapa faktor risiko yang mungkin boleh timbul.
  1. Radiasi kosmik. Kapal terbang melalui kawasan atmosfera yang nipis lalu mengurangkan perlindungan diri terhadap radiasi. Lebih lama atau kerap menaiki kapal terbang semakin tinggi paras kapal terbang, lebih banyak pendedahan radiasi kosmik yang boleh dialami. Tetapi tiada bukti saintifik menunjukkan kesan buruk kepada fetus yang disebabkan oleh pendedahan kepada radiasi.

  1. Risiko thrombosis. Ibu hamil berisiko mengalami darah beku dalam salur darah (thrombosis atau DVT). Ini mungkin berpunca daripada tempoh masa penerbangan yang dilalui. Kurang minum air juga akan cenderung mengakibatkan dehidrasi, seterusnya mencetuskan DVT.

  1. Kelahiran pra matang. Bagi ibu yang hamil kembar, dikhuatiri boleh berlaku kelahiran pra matang, sebab itu kebanyakan doktor tidak menggalakkan ibu hamil menaiki kapal terbang ketika kandungan berusia 32 minggu.

Oleh itu sebelum menggunakan perkhidmatan kapal terbang, pastikan anda mengambil tahu beberapa panduan berikut:
  1. Periksa peraturan yang ditetapkan oleh syarikat pengendali penerbangan terlebih dahulu sebelum membeli tiket.

  1. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang risiko untuk menaiki kapal terbang seperti uri di bawah, kontraksi pra matang, pendarahan, sejarah DVT, kencing manis dan darah tinggi tidak terkawal.

  1. Dapatkan surat kebenaran daripada doktor.

  1. Pakai pakaian yang selesa dan longgar.

  1. Banyakkan minum air.

  1. Sentiasa melakukan senaman atau aktiviti regangan.

  1. Kerapkan perjalanan, sekiranya perjalanan dalam kapal terbang mengambil masa yang panjang.

  1. Minta tempat duduk yang lebih luas untuk memudahkan anda melakukan sebarang pergerakan regangan - atau duduk di bahagian laluan.

  1. Digalakkan memakai compression socks yang boleh dibeli di farmasi.

  1. Sentiasa memakai tali pinggang keledar sepanjang masa.
Credit

Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama-sama.

Salam sayang,
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Norhana Marsom
SID: 866186
Page: Family Health Supplement

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment. We will revert back to you soon. TQ

Jom baca yang lain-lain!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...