Ramuan-ramuan utama ini telah diuji secara klinikal.
Koenzim Q10
CoQ10 adalah nutrien yang larut didalam lemak, yang dihasilkan oleh tubuh dan wujud didalam semua sel. Konsentrasi yang tinggi nutrien ini ditemui didalam organ yang bekerja keras dan memerlukan tenaga selular yang tinggi untuk berfungsi seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.
CoQ10 penting bagi bertrilion sel didalam tubuh yang perlu menghasilkan tenaga mereka sendiri untuk terus hidup. Untuk menghasilkan tenaga, sel akan membakar gula dan lemak yang datang dari makanan yang kita makan. Nutrien-nutrien ini dipecahkan dan diangkut melalui laluan penghasilan tenaga yang memerlukan CoQ10. Proses penghasilan tenaga ini diulangi beribu-ribu kali setiap saat untuk menjana denyutan jantung dan organ-organ tubuh yang lain, yang memerlukan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel tidak akan mampu menghasilkan tenaga dan organ-organ tidak akan dapat berfungsi dengan betul
CoQ10 juga dikenali untuk aktiviti antioksidannya yang ampuh, untuk melindungi membran sel dari radikal bebas. Ia juga membantu arteri-arteri dari oksidasi akibat tindakan LDL (kolesterol tidak baik). Ini sangat penting untuk menggalakkan fungsi salur darah terutama sekali yang mengangkut darah ke organ jantung.
Resveratrol
Resveratrol adalah fitonutrien yang wujud didalam arak wine merah, kulit anggur merah dan jus anggur ungu. Peranan utama memastikan kesihatan salur darah. Kajian makmal menunjukkan ia mampu menghalang oksidasi LDL dan menggalakkan relaksasi salur darah. Salur darah akan lebih lebar apabila melalui fasa relaksasi.
Siapa yang disyorkan mengambil CoQHealth?
- Dewasa sihat yang erbumur 18 ke atas yang prihatin tentang fungsi jantung dan kesihatan arteri mereka.
- Dewasa lelaki dan wanita yang mengambil perubatan yang mungkin megurangkan tahap CoQ10 didalam darah mereka.
- Wanita hamil atau mereka yang mengambil ubatan untuk mencairkan darah perlu mendapat nasihat doktor mereka.
Jika anda inginkan konsultasi percuma berkaitan suplemen yang disebutkan di atas, boleh hubungi saya HANA Shaklee Independent Distributor (866186) anda di nombor 012-7350070 (Whatsapp/sms/call) atau di emel ini mj_cincin@yahoo.com.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment. We will revert back to you soon. TQ